Subscribe:

Ads 468x60px

Featured Posts

Sunday, 10 April 2011

DARI MEJA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM....

MINGGU PENDIDIKAN ISLAM akan dijalankan pada 18hb-22hb APRIL 2011. Antara aktivitinya ialah :

* BENGKEL KHAT  *BENGKEL JAWI  *PENGURUSAN JENAZAH  *KUIZ  *KEMBARA ISLAM

TAHUKAH ANDA MAKANAN DAN MINUMAN AHLI NERAKA?

MAKANAN AHLI NERAKA adalah sejenis buah yang dikenali sebagai BUAH ZAQUM. Pokok zaqum ini hanya tumbuh di dasar neraka, berduri tajam. Bila dimakan, ia akan bertukar menjadi sejenis cecair berwarna hitam yang mendidih di dalam perut. Jika diambil setitik darinya dan dicampakkan ke bumi, nescaya hancurlah seluruh alam. 

MANAKALA MINUMAN AHLI NERAKA pula antaranya dari air yang dikenali sebagai AIR DAHUR. Ia adalah cecair yang keluar dari mayat dan bangkai yang reput.

Ia sungguh menjijikkan... tapi itulah hakikatnya balasan bagi mereka yang ingkar terhadap Allah. Sentiasalah kita memohon rahmat Allah agar terhindar dari kemurkaanNya. Insya Allah, semoga menjadi peringatan untuk kita bersama.

Saturday, 9 April 2011

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN PENDIDIKAN ISLAM PMR 2011

Pada 21hb Mac 2011, Panitia Pendidikan Islam SMKDT telah mengadakan bengkel teknik menjawab soalan Pendidikan Islam untuk calon-calon PMR 2011. Ceramah disampaikan oleh En. Adnan Md. Nasir. Beliau mendedahkan teknik terbaik untuk menjawab kertas Pendidikan Islam PMR. Semoga bengkel ini memberi manfaat kepada semua calon PMR 2011.


Add caption

Thursday, 10 March 2011

MUTIARA KATA

Hati menjadi keras kerana :

1. Kita membaca Al- Quran tetapi tidak cukup 100 ayat dalam sehari.
2. Masuk ke masjid tetapi tidak solat 2 rakaat.
3. Lalu di kubur tetapi tidak memberi salam.
4. Berkawan dengan orang tetapi tidak tahu namanya.
5. Orang lelaki yang lalai waktu mudanya dan pada waktu tuanya pun sama.

                                                                                        (Sufian As-Sauri)